Link Website

Apabila tiba bulan Ramadhan

“ Apabila tiba bulan Ramadhan , dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu- pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu ”

=(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)=

Jadikan Ramadhan tahun ini yang terbaik dari yang sebelumnya….

Menanti Ramadhan dengan penuh kegembiraan serta mengharapkan agar dapat melaksanakan ibadat dengan baik...

Menguatkan azam untuk melaksanakan ibadah puasa sesempurna mungkin...

Memperbanyakkan doa agar diberi kekuatan dan keikhlasan dalam beribadat...

Berazam menghapuskan adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam seperti membazir membeli juadah berbuka dan lalai dengan aktiviti sia-sia...

Meningkatkan kesungguhan beramal secara berterusan...

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Al - Mubarak Ramadhan datang lagi membawa seribu makna dan harapan…. buatlah persiapan agar Ramadhan kali ini tidak berlalu begitu sahaja …..

=(Nuur Ramadhan)=

Kelebihan dan keistimewaan Ramadhan

Diriwayatkan oleh Anas b. Malik r.a. :

Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada bulan ini baginya pahala setiap langkah seperti beri- badah setahun dan bersamaku di bawah Arasy.

Mengekalkan solat secara berjemaah pada bulan ini akan diberi nikmat dan sebuah kota megah di SyurgaBerbuat baik terhadap ibu bapa akan dipandang Allah swt. dengan penuh rahmat dan kasih sayangSeorang isteri yang memenuhi keredhaan suaminya akan diberi oleh Allah swt. pa- hala Aisyah dan Maryam.

Keistimewaan lain…….

Bulan pahala dan ibadah dilipatgandakan Amalan sunat dikira sebagai pahala amalan fardu dan amalan fardu pahalanya di- gandakan sehingga 700 kali ganda Ramadhan adalah bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya bebas dari api neraka.
Bulan di dalamnya ada Lailatul Qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan .

Bermakna sesiapa yang beribadat pada malam tersebut umpama beribadat selama lebih kurang 83 tahun 4 bulan.


Perkara sunat puasa

  • Segera berbuka apabila masuk waktu Maghrib

  • Berbuka dengan benda yang manis atau kurma

  • Membanyakkan sedekah dan tilawah Al-Quran

  • Menunaikan solat sunat Tarawih

  • Menjamu makan orang yang berpuasa.

  • Menahan diri daripada berkata yang sia-sia

Perkara yang membatalkan puasa

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja Muntah dengan sengaja, Gila walaupun sekejap, Keluar mani dengan sengaja.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails