Link Website

Pencari Tuhan


Ketika aku mencari cahaya..
Terlalu malap ku meraba-raba..
Banyaknya lumpur di seluruh badan ku sentiasa..

Kenapa gelapnya hidup ku ini??
Dimana letaknya cahaya kekal abadi??

Tuhan ku kenapa ia terjadi??
Kenapa aku masih mencari-cari??

Hati ini tak pernah kenyang..
Hati ini sedang kehausan..
Biarpun hati ini di suap makanan..
Ia tetap kedahagaan..

Tuhan ku..
Sekarang ini aku lumpuh sepenuhnya..
Masih boleh bernafas dan bergerak jua..
Tapi hati ku sudah lumpuh sepenuhnya..
Masih mencari mu oh tuhan ku...

Bila terdengar suara yang merdu berkumandang..
Aku mencari dimana ia..
Dimana ia berada???

Berpinar-pinar aku mencari ia..
Rupanya bila di satu sudut..
Melihat bangunan sujud yang satu..

Aku bergegas ke sana..
Aku mencari siapa yang laungkan suara itu..
Aku mencari suara dimana ia berada..


Bila ku sampai ke sana..
Semuanya sujud dan ikut arah kiblat yang sama..
Tiada beza antara miskin dan kaya..

Bila seorang lelaki membaca doa..
Semuanya mengucapkan amin sentiasa..

Menitis air mataku..
Inikah rahmat tuhan..
Yang aku dahagakan??
Yang aku mencari ia berpanjangan??

Aku terus bergegas ke sana..
Ketika doa dibacakan..
Aku berkata..

Siapa dirimu??
Ia menjawab aku hamba ALLAH..

Siapa yang jadikan dirimu??
Ia menjawab ALLAHU AHAD (ALLAH YANG SATU)

Siapa yang ciptakan alam ini??
Ia menjawab ALLAH pemilik aras dan segalanya di tangannya..

Ia membaca sepotong ayat 83 yasin..
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan..

Mengalirlah air mataku..
Jatuhnya aku sambil berkata..

Ajarkanlah agamamu..
Maka dia mengajarku..
Aku naik saksi bahawa !!
Tiada tuhan melainkan ALLAH !!
Dan NABI MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH !!

Mereka semuanya memelukku..
Sejurusku memasuki agama itu..

Aku bertanya apa nama agama yang aku anuti ini??
Dia menjawab islam..

Sekarang hati ku senang dan gembira..
Bila terdengar suara yang merdu berkumandang..
Aku teringat kisah lama..
Akulah pencari cahaya..
Berjumpa pemilik diriku selamanya..

ALLAH ADALAH TUHAN KU YANG SATU..
NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH..
DAN DIRIKU HANYALAH HAMBANYA SELAMANYA..


Copyright by©Myshiuki

0 comments:

Related Posts with Thumbnails