Link Website

Mencari RahmatMu Hari Ini


Mencari Rahmatmu bukannya semudah yang disangka oleh setiap insan..

Ianya perlulah penuh kesabaran untuk mencari rahmat ALLAH S.W.T. disekitar kita sekarang ini..

Semuanya Bergantung pada usaha dan barulah berdoa padanya..


Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul ini...

Peribahasa ini telah menunjukkan bahawwa mata orang disekeliling kita ini berat sangat nak menolong kita..

Bahu itu pula menunjukkan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH S.W.T. untuk mencari rahmatnya supaya dapat memikul tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi ini...



Aku berfikir sejenak melihat rahmat ALLAH S.W.T. ini amatlah luas pengertiannya dalam kehidupan ku sekarang ini...

Kerana Setiap apa yang dia (ALLAH S.W.T.) jadikan tidaklah sia-sia...
Malah Ianya penuh dengan pengisian dan Hikmah disebalik kejadian yang dia jadikan itu...



Wahai sahabatku...
Marilah Kita perlu bersatu...
Bersatu mencari rahmat illahi...
Rahmat Illahi itu amatlah berisi...

Setiap kejadian yang dia cipta...
Tidak pernah pun sia-sia...
Kerana Dia tuhan yang amat berkuasa...
Dia tidak pernah tidur tetap berjaga...
Dia juga tak pernah melakukan kesilapan...

Ia maha Sempurna lagi maha berkuasa...
Ke atas kejadian yang dia cipta...

Maka berfikirlah sejenak atas rrahmat yang dia beri setiap hari...
Tak pernah putus biarpun kita ingkar perintahnya...
Dia maha pengampun...
Maka mohonlah ampun sebelum nyawa dikandung badan...
Kerana Selepas diambil nyawa kita...
Maka tiada ampun untuk kita lagi nanti di sana...

Rahmat ALLAH amatlah besar pengertiannya...
Maka bersyukurlah pada sesiapa yang tahu siapa dirinya...
Dirinya hanyalah hamba ALLAH S.W.T...

Sajak ini dicipta pada hari sabtu...
Pada pukul 7.3 petang...
Tarikhnya 08/01/2011...

Copyright By©Muhammad Shauqi Bin Osmera

0 comments:

Related Posts with Thumbnails