Cahaya
Dahulunya kau tiada
Antara mata dan hati juga
Hanya kegelapan yang menemaniku setiap masa
Pada masa itu ku tunggu saatnya
Kau datang kepadaku dengan cahaya
Yang membawaku dari lembah kehinaannya
Cahaya
Di sini ku menanti
Saat cahaya illahi
Yang diberi kepada sesiapa yang dikehendaki
Oleh itu berikan ku cahaya ini
Untuk menerangi
Kehidupan ku yang hina ini
Cahaya
Kenapa kau tiada lagi
Dimana hati selalu mencari
Cahaya dari illahi
Tiada tempat untuk membeli
Cahaya itu sungguh berharga disisi illahi
Cahaya
Oleh kerana kau sungguh berharga
Akan ku bawa ke mana-mana
Untuk menerangi di seluruh pelosok dunia
Supaya tiada lorong hitam muncul semula
Itulah hajat seorang hamba
Nukilan © Muhammad Shauqi bin Osmera
Tahun 2007
Cahaya
Posted by shauqi at 8:12 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment