Majlis Berbuka Puasa Sempena Bulan Rejab 2009
Anjuran:- Puan Fatimah Ngah, Kelas 5 Sains1 & 5 PAE
Majlis ini bermula pada jam 6.30 petang sehigga jam 9.30 malam. Di Surau Raudhatus
Solehin SMK Bandar Banting pada 2 Julai 2009.
Solehin SMK Bandar Banting pada 2 Julai 2009.
Majlis berbuka puasa ini dijalankan bagi melahirkan pelajar mengetahui tentang kelebihan berpuasa pada bulan Rejab. Ini diharapkan dapat meningkatkan lagi sahsiah diri pelajar dengan menghayati ibadah puasa yang mereka laksanakan serta mensyukuri dan menikmati segala nikmat yang Allah S.W.T.
Sesungguhnya majlis sebegini sering dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat.
ACARA 1 : TAZKIRAH MAGHRIB.
Slot ini dikendalikan oleh Saudara Muhd Saiful Bin Sairon dari kelas 5 Sains 1 yang memberi tazkirah yang bertajuk ‘Kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam Bulan Rejab’. Banyak intipati tazkirah ini dicatat oleh pelajar agar mereka dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Gambar budak lelaki masa berbuka puasa
Gambar budak perempuan masa berbuka puasa
ACARA 2 : WAKTU BERBUKA PUASA.
Didalam slot ini semua pelajar berkumpul untuk berbuka puasa. Juadahnya terdiri daripada kuih- muih dan buah-buahan yang dibawa oleh pelajar. Laungan azan dilaunglan oleh Muhd Naim pelajar dari kelas 5PAE menandakan masuknya waktu maghrib manakala bacaan doa berbuka puasa pula telah diketuai oleh Muhd Aidil dari kelas 5PAE. Sejurus selepas itu ,semua pelajar bersiap sedia untuk mendirikan sembahyang maghrib.
Semua pelajar 5 Sains1 & 5 PAE tgh baca surah Yassin
Semua pelajar sedang menunaikan solat Maghrib, solat Isyak & solat Hajat bersama-sama
ACARA 3: SOLAT MAGHRIB & MENIKMATI JUADAH NASI AMBANG, BACAAN YASIN.
Slot ini melibatkan semua pelajar dimana mereka menunaikan solat maghrib yang diimamkan oleh saudara Muhd Farid bin Anuar dari kelas 5 Sains 1 dan selepas itu semua pelajar termasuk para guru menikmati juadah nasi ambang bersama-sama.
Selepas habis menikmati juadah tersebut semua pelajar bersiap sedia untuk bacaan yasin yang diketuai oleh Muhd Farid bin Anuar. Semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.
ACARA 4: SOLAT ISYAK DAN SOLAT HAJAT SERTA MAJLIS PENUTUP.
Didalam slot ini semua pelajar menunaikan solat isyak secara berjemaah yang di imamkan oleh saudara Iskandar Zulkarnain dari kelas 5 Sains 1 dan selepas solat isyak para pelajar menunaikan solat hajat yang diimamkan oleh saudara Muhd Fadhli dari kelas 5 Sains 1.
Majlis ini ditutup dengan ucapan dari Puan Fatimah Ngah dan semua pelajar bersurai dalam jam 9.30 malam.
Disediakan©AdinNukilan
Diblogkan©Muhammad Shauqi bin Osmera
0 comments:
Post a Comment