Link Website

Antara Permata VS Kaca

Aku sering melihat
Pelbagai ragam manusia
Yang makin Jauh dari tuhan
Yang makin dekat pada kejahilan

Hilangnya tali persaudaraan
Lahirnya Kerajaan yang kejam
Banyaknya kelahiran anak luar nikah
Sukanya membuat kerosakan
Berperang sesama saudara
Mudahnya menjadi kaya
Yang kaya memijak yang miskin
Penjenayah makin di geruni ramai
Imam di pandang sebelah mata
Ramai yang sukakan dunia
Ramai yang takutkan mati pula

Ramai yang menjadi kaca
Hidupnya penuh Talam dua muka
Jahilliah terus tersemat didalam kehidupan mereka
Apa yang ada di depan mata
Mereka ambil semua
Tak kira halal atau sebaliknya

Sedikitnya yang menjadi permata
Jari jemari kita cukup mengira mereka
Mereka cerewet dalam halal dan sebaliknya
Sentiasa gerun pada dunia
Sentiasa sujud pada yang esa
Sentiasa ingat dan sukakan mati

Duduknya kaca dimuka dunia
Mereka sentiasa bergaul bebas tak kira masa
Hidup mereka sungguh bergaya
Alpha dengan nikmat yang fana
Binasalah mereka mendapat murka sentiasa

Duduknya permata dihujung dunia
Mereka bergaul bila perlu sahaja
Hidup mereka sungguh sederhana
Merendahkan diri dalam semua suasana
Sentiasa menegakkan agamanya
Menyeru Saudaranya ke jalan yang esa
Mendapat darjat yang tinggi disisinya

Copyright by©Muhammad Shauqi Bin Osmera
9.53AM,Saturday,9/10/2010

0 comments:

Related Posts with Thumbnails