Link Website

Antara Sahabat VS Musuh

Kadang kala kita melihat sahabat kita
lebih baik dari musuh kita
Tetapi kadang kala juga
Sahabat kita itulah musuh kita
Dan Musuh kita menjadi sahabat kita

Sahabat kita yang sebenarnya
Yang sentiasa menegur kita
Memberikan kritikan dan tamparan hebat buat kita
Sentiasa bersama kita dalam semua suasana
Memberikan pertolongan bila kita meminta darinya
Dia sentiasa doakan yang baik untuk kita

Sahabat kita itulah musuh kita
Yang sentiasa memuji tak kena tempat sepatutnya
Memberikan perlindungan ketika kita bersalah
Tidak pernah menegur kesilapan kita
Malah menceritakan aib kita kat orang lain

Musuh kita yang sebenarnya
Yang sentiasa menyuruh perbuatan yang salah
Sentiasa menceritakan hal yang kita tidak melakukannya
Menyuruh kita ke tempat larangan Allah
Dia sentiasa doakan kehancuran kita

Dan Musuh kita menjadi sahabat kita
Dia sentiasa perli bila nampak kesilapan kita
Musuh kita mahu kita berubah segera
Bila dia menceritakan hal buruk sebenar kita
Kerana Ingin melihat kita tidak melakukan semula

Siapa yang tegur saya
Adalah sahabat saya
Siapa yang puji saya
Adalah musuh saya

Suasana musuh dan sahabat kita
Amat sukar untuk kita katakan
Kerana mereka sentiasa memerhatikan kita
Dari jarak dekat atau sebaliknya
Supaya kita dalam keadaan bersedia
Menghadapi qada dan qadar dari yang esa

Copyright by©Muhammad Shauqi Bin Osmera
10.43PM,Saturday,9/10/2010

0 comments:

Related Posts with Thumbnails